Sejarah Koperasi
Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1975 dengan sokongan dan kerjasama daripada Tan Sri Professor Hamzah Sendut yang merupakan Naib Canselor pertama Universiti Sains Malaysia. Pada 6 Ogos 1975 Koperasi ini didaftarkan di bawah Ordinan Sharikat-sharikat Kerjasama 1948.
Koperasi Tadika Minden ditubuhkan bertujuan memberi bimbingan dan pendedahan awal kepada kanak-kanak. Pada awalnya, idea penubuhan Tadika Koperatif Minden atau Koperasi Tadika Minden dicetuskan pada tahun 1974 dimana satu kumpulan ibu bapa yang kebanyakannya terdiri daripada para pensyarah telah membentuk satu jawatankuasa bertindak untuk menyakinkan Naib Canselor pertama USM iaitu Tan Sri Hamzah Sendut tentang keperluan dan kepentingan pendidikan prasekolah di dalam kampus.
Pada awal penubuhan, hanya dua buah kelas sahaja yang dibuka. Pada tahun 1994, enam buah kelas telah dibuka bersama sebuah pejabat pentadbiran, bilik komputer, perpustakaan, bilik muzik dan padang permainan. Pada 19 Januari 2004, bangunan baru telah dibina dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Masrah bt Hj. Abidin. Kini, sebanyak 7 buah kelas telah dibuka bagi sesi pagi dan 5 buah kelas bagi sesi petang.
Pada tahun 2022, bangunan tadika Koperasi Tadika Minden telah mendapat wajah baharu apabila VC USM, Professor Dato' Dr. Faisal Rafiq bin Mahamd Adikan telah memberikan peruntukan untuk Projek Membaik Pulih dan Menaik Taraf Tapak dan Infrastruktur Tadika Koperasi Tadika Minden.
Majlis Perasmian
Lawatan Naib Canselor ke-8 USM