KELAS PETANG - PUSAT JAGAAN HARIAN

KELAS PETANG - PUSAT JAGAAN HARIAN

Matlamat utama penubuhan Kelas Petang di Koperasi Tadika Minden bertujuan menyediakan perkhidmatan jagaan harian kepada ibu bapa/penjaga yang menghadapi kesulitan menguruskan anak-anak selepas selesai waktu persekolahan. Perkhidmatan ini disediakan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. 

Selain itu, kelas petang turut menyediakan aktiviti seperti bacaan iqra’, mempelajari asas solat, hafazan surah-surah lazim dan doa-doa pendek, serta aktiviti santai seperti seni dan kreativiti, aktiviti fizikal dan lain-lain. Di kelas petang juga turut mendedahkan kanak-kanak kepada penyediaan dan pengurusan diri. 

Aktiviti tambahan lain yang disediakan ialah kelas tae kwon do dan kelas tarian. 

  • gambar memanah
  • Gambar memanah 2


Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad
Universiti Sains Malaysia

11800, Minden, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : 04 657 2031
011 237 90247

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
| download|