KEANGGOTAAN AHLI KOPERASI

Kelayakan Menjadi Anggota

1. Terbuka kepada kakitangan dan pasangan serta penuntut Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang termasuk;

a) mereka yang bekerja dalam kawasan operasi Koperasi;
b) menuntut di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; dan
c) bermastautin dalam kawasan operasi Koperasi.

2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini mestilah : -

a) Warganegara Malaysia
b) Telah mencapai umur lapan belas tahun
c) Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini
d) Seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta sebelum tempoh satu tahun dari tarikh pembuangan itu.

Permohonan untuk menjadi anggota : -

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.

Bayaran Masuk : -
√ Setiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM20.00. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.

√ Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM20.00.

√ Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang meninggal dunia jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.

Sila hubungi pejabat Koperasi untuk mendapatkan borang keanggotaan


Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad
Universiti Sains Malaysia

11800, Minden, Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : 04 657 2031
011 237 90247

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
| download|